Sangat sedih kerana... pejam celik ..pejam celik..
2010 sudahpun mahu melabuhkan tirainya yang begitu penuh dengan kedukaan,keceriaan,
tawa riang, kegembiraan..
Alhamdulillah kerana keluarga saya semuanya dipanjangkan umur walaupon perit jerih
telah lalui sepanjang 2010..
bermacam macam situasi telah saya lalui untuk meneruskan hidup di tempat orang..
dengan menghadapi kerenah kawan kawan, kenalan, saudara mara dan lain lain..
semuanya Alhamdulillah dapat dilalui dengan tenang.
syukur !
walaupun perit, demi meneruskan cita cita dan harapan..
semuanya lalui dengan penuh sabaran walaupun kadang kadang
berlinang air mata.. kesakitah di dalam hati yg teramat sangat..
hanya Allah yg tahu.
Alhamdulillah diberi kesempatan dan umur yg panjang untuk melihat dan meneruskan kehidupan di muka bumi ini..
Pohon semoga diberi hati yg lebih cekal dan tabah untuk mengharungi
2011
sudah tiba masanya untuk menyambung semula azam azam yg tidak terkecapi..
maka 2011 adalah tempat untuk kecapi semula semua azam yg tidak mampu dikecapi di tahun 2010
semoga Allah merestuiku untuk mengecapi segala azam yg dimahukan.
InsyaAllah -.-
Sekian 2010
Salam 2011.
Sedulang kemaafan dari saya Izzat Farhan Rashid unutk semua yang mengenali..
di atas salah silap saya di tahun 2010..
kerana menyakitkan hati anda dengan segala perilaku saya..
tersinggung perasaan akibat dari mulut dan kata kata saya..
dan juga semua yg datang daripada diri saya..
Saya memohon berjuta kemaafan kepada semua.
semoga 2011 dapat mengubah hidup saya untuk
menjadi lebih matang dan cekal
di dalam kehidupan seharian
Demikianlah dari saya yang hanya manusia & hamba Allah yg kecil di sisi-Nya yg tidak terlepas
daripada membuat kesilapan secara halus mahupun kasar.
Sekian..
Salam Sayang
~ejatfarhanrashid~















